Tuesday, May 18, 2010

TUDM sedia kosongkan Sungai Besi

PETALING JAYA - Walaupun kerajaan tidak bercadang memindahkan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi membangunkannya sebagai hab komersial, TUDM bagaimanapun sedia berpindah untuk tujuan tersebut, kata Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Beliau berkata, dengan pemindahan itu, ia akan membolehkan TUDM mengambil peluang mendapatkan prasarana lebih baik termasuk dapat membina ibu pejabat yang lebih moden yang memberi keselesaan kepada pegawai serta anggotanya.

"Pemindahan Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Pangkalan TUDM Dengkil masih dalam perancangan. Saya tidak mahu uar-uarkan tetapi ada perancangan daripada pihak kerajaan. Bagi pihak TUDM kita akan buat persiapan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sayap kuartermaster pesawat Nuri siri 19/09 dan pesawat angkut siri 05/09 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: