Tuesday, May 25, 2010

TUDM catat rekod kumpul 10,052 penderma darah


LANS KOPERAL Junaidah Mohd. Junid (kiri) bersama rakannya, Koperal Rosniza Mohd. Ramli turut menderma darah sempena ulang tahun TUDM ke-52 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan kehadiran 10,052 orang untuk menderma darah pada satu kempen yang diadakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur semalam.

Mereka terdiri daripada anggota dan pegawai yang datang dari 11 pangkalan udara TUDM seluruh negara.

Pangkalan udara yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Subang, Butterworth, Kuantan, Gong Kedak, Kuching, Labuan, Institut Latihan Tentera Udara Ipoh, Kolej Tentera Udara Alor Setar, Rejimen TUDM Bukit Jugra dan Skuadron 323 TUDM Bukit Ibam.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records untuk sasaran jumlah penderma dan darah terbanyak oleh sesebuah organisasi.

Menurut Panglima TUDM, Jen. Datuk Seri Rodzali Daud, walaupun program tersebut merupakan acara tahunan namun terdapat kelainan pada kali ini apabila ia turut melibatkan semua pangkalan udara di seluruh negara secara serentak.

"Program ini bersempena dengan ulang tahun TUDM ke-52 dan menjadi acara pertama dimulakan. Saya rasa sangat berbangga dengan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program ini," katanya ketika ditemui.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: