Sebanyak 18 finalis Miss Universe Malaysia 2010 berdansa mengikut rutin tarian Lady Gaga.BERITA baik untuk peminat artis antarabangsa Lady Gaga yang suka bersenam.
Kini cawangan kelima pusat kesihatan, True Fitness yang baru dibuka di Pusat Membeli-Belah Sunway Giza, Kota Damansara awal bulan ini menawarkan tarian Lady Gaga!
True Fitness melakar sejarah sebagai pusat kesihatan yang pertama di Asia melancarkan program tarian Lady Gaga di Asia.
Kejayaan itu adalah hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia (UMM).
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif True Group, Patrick Wee, UMM menghubungi True Fitness apabila membuka cawangan kelima di Sunway Giza.
"Mereka sangat berminat bekerjasama dengan kami untuk melancarkan album remix Lady Gaga seiring dengan pelancaran kemudahan gimnasium pusat kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa pelancaran cawangan berkeluasan lebih 22,000 kaki persegi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif True Group, Patrick Wee yakin tarian Lady Gaga akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung True Fitness.Jelas beliau, UMM melihat wujudnya sinergi antara muzik dan True Fitness kerana pusat kesihatan itu memutarkan banyak lagu hebat serta sistem audionya menghasilkan banyak tenaga positif.
"Mereka yang datang bersenam dapat menikmati rasa yang baik apabila mereka datang ke sini.
"Mereka suka suasana di sini dan berasa tempat ini adalah platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian muzik," ujarnya.
Tambah Patrick, pihak UMM turut tertarik dengan kelas tarian dan aerobik yang banyak serta ruang luas untuk berdansa.
"Ini membolehkan mereka mengadakan kelas mereka secara kerap di sini pada masa depan selain untuk mempromosikan album dengan program tarian Lady Gaga yang spesifik," katanya.
Sekiranya tarian Lady Gaga itu mendapat sambutan menggalakkan, beliau berkata, ia akan diperkenalkan di cawangan lain dari dalam dan luar negara.
Pengunjung pusat kesihatan ini hakikatnya bukan sahaja disajikan dengan program tarian Lady Gaga, bahkan lebih daripada itu.
Ia menawarkan lebih 70 kelas aerobik seminggu, lebih 20 kelas di studio dengan lebih 50 jenis yoga termasuk Yoga Panas, Tarian serta Pilates.
Kelas-kelas tersebut adalah sesuai disertai mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori umur.
Finalis Miss Universe Malaysia 2010 turut menjayakan pelancaran pusat kesihatan True Fitness baru-baru ini."Misalnya, tarian Bollywood yang sangat popular. Kami mempunyai tenaga pengajar dari India.
Pendek kata, pengunjung akan rambang mata memilih program kesihatan yang ditawarkan.
Layari www.truefitness.com.my untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: