Thursday, May 20, 2010

Tiga minit larikan RM160,000


BEBERAPA anggota polis forensik melakukan pemeriksaan ke atas sebuah van yang dirompak tiga lelaki di Jalan Paya Terubong, Air Itam, George Town semalam.


GEORGETOWN – Tiga pengawal keselamatan hanya mampu memandang tanpa dapat membuat apa-apa apabila van yang mereka naiki ditahan tiga lelaki bertopeng bersenjata sebelum suspek-suspek melarikan wang RM160,000 dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Suspek yang bersenjatakan pistol dan raifal itu hanya memerlukan masa tiga minit untuk melarikan wang berkenaan sebaik dapat menghalang van tersebut menggunakan sebuah kereta Proton Wira.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku apabila suspek dikatakan telah mengekori van berkenaan selepas mengutip wang di dua buah pasar raya di Bayan Baru dan Taman Lip Sin dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, dua lelaki bertopeng kemudian mengacukan sepucuk pistol dan raifal ke arah mangsa yang berusia lingkungan 40-an.

Katanya, mereka kemudian telah merampas sepucuk revolver milik pengawal keselamatan itu.

“Penjenayah yang dipercayai warga tempatan itu mengarahkan mangsa menyerahkan wang RM160,000 yang diletakkan di dalam satu peti besi, manakala satu lagi peti besi berisi wang RM20,000 tidak diusik.

“Mereka mengambil masa tiga minit sahaja untuk merompak sebelum melarikan diri,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: