Monday, May 3, 2010

Syahrini: Mas Anang Jarang Mandi

Anang, bekas suami Kris Dayanti ketika pelancaran albumnya, Separuh Jiwaku Pergi pada tahun lalu.

WALAUPUN menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, penyanyi Syahrini dan Anang Hermansyah kelihatan sememangnya semakin mesra.

Bahkan Syahrini kini mengetahui tabiat buruk bekas suami Krisdayanti itu.

"Mas Anang itu slengean, jarang mandi," ujar Syahrini ketika ditemuramah oleh detikhot di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan, pada Jumaat lalu.

Sejak kejayaan mengeluarkan lagu Jangan Memilih Aku, Syahrini dan Anang sering menghabiskan waktu bersama.

Ini ekoran jadual mereka yang sangat padat sehingga akhir tahun.

"Sampai Disember full, kita juga akan pergi ke Timur Tengah," jelas Syahrini, 27.

Syahrini dan Anang Hermansyah.

Syahrini juga semakin erat dengan Aurelle dan Azriel, dua buah hati Anang hasil perkahwinannya dengan Kris Dayanti.

Baru-baru ini, Syahrini dan Aurelle kelihatan bersama-sama menonton konsert pemenang American Idol, Kelly Clarkson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: