Monday, May 3, 2010

Sandra Bullock Ingin Jual Rumah Kelamin

Sandra Bullock dan Jesse James menghadiri parti The Vanity Fair Oscar di West Hollywood, California pada 7 Mac, 2010. Sandra Bullock memenangi anugerah Aktres Terbaik bagi wataknya dalam filem The Blind Side.

SANDRA Bullock ingin menjual rumah kelaminnya dengan harga US$6 juta.

Menurut laporan media, Bullock dan suaminya, Jesse James yang kini tinggal berasingan ingin menjualrumah tersebut yang terletak di Orange County, California.

Bullock enggan tinggal di rumah tersebut selepas berita kecurangan suaminya tersebar di tabloid pada Mac lalu.

Aktres itu dilaporkan berpindah ke rumahnya di Hollywood. Rumah itu dihuni Bullock sebelum berkahwin dengan Jesse.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: