
Mahkahmah Syariah Gombak Timur semalam memutuskan Sam bersama dua abangnya dikenakan hukuman denda RM2,000 bagi dua pertuduhan iaitu menjadi saksi tanpa kebenaran dan bersubahat berpoligami tanpa kebenaran.
“Saya adalah orang yang tidak ambil kisah pasal hal sekeliling, jadi bila saya dapat tahu kakak mahu berkahwin, saya rasa gembira sangat dan bersetuju untuk menjadi saksi perkahwinannya.
“Tapi hari ini baru saya tahu apa yang saya buat itu satu kesalahan dan saya terima hukuman yang dijatuhkan terhadap saya dan saya akan bayar denda seperti yang telah ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sam berkata, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepadanya dan akan lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.
Dia yang kini sibuk menjalani peggambaran filem terbarunya Sikongsi dan baru selesai menjalani rakaman drama Adnan Sempit The Series dan drama hari raya.
Kontroversi perkahwinan Zizie Izzate A. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin tersebar sejak akhir tahun lalu, sebelum Zizie dan Bung mengaku telah bernikah pada Disember 2009.
Bagaimana pun mereka didapati bersalah bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk manakala Bung pula didapati bersalah kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Bung dijatuhi hukuman penjara sebulan atas dua pertuduhan, manakala Zizie serta dua abang, adik dan dua saksi lagi dikenakan denda RM2,000 atas dua pertuduhan iaitu bersubahat perpoligami dan menjadi saksi tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan Bung Moktar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya itu. Bung Moktar yang ditemui pemberita selepas membayar jaminannya bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berkenaan kes tersebut.
Sementara itu, Zizie Izzate enggan mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan mahkahmah dan hanya mengucapkan terima kasih pada wartawan yang hadir membuat liputan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: