
KEMARAHAN produser filem terkenal, Raja Azmi apabila mengetahui karyanya diciplak selepas menonton telefilem, Cinta Hantu di Astro Prima, 9.30 malam Ahad lalu akhirnya reda.
Malah Raja Azmi sanggup memaafkan "penciplak" terbabit selepas pertemuannya dengan individu terbabit, pihak Astro dan penasihat undang-undang Kumpulan Media Sedania, Zahani Yuhyi yang diadakan selepas Forum Astro bersama produser filem di Hotel J.W. Marriot, kelmarin.
"Sebenarnya mereka (Astro dan Sedania) tidak mengetahui apa-apa tentangnya. Terdapat kegagalan komunikasi di situ.
"Astro melantik penulis tetapi 'orang tengah' telah membuat kesilapan (menciplak ideanya)," katanya kepada mStar Online.
Pada 18 Mei lalu, Raja Azmi meluahkan rasa marah serta tidak puas hatinya kepada mStar Online ekoran dakwaan idea karyanya diciplak.

Susulan pendedahan itu, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Astro dan Sedania untuk menyelesaikan kes tersebut.
"Ia adalah kesilapan saya juga. Saya terus 'mengkritik' tanpa menanya apa yang berlaku sebenarnya.
"Sebelum perbincangan semalam, memang terdapat kegagalan komunikasi. Orang tengah telah mengakui kesilapannya dan sanggup membayar balik royalti yang diterima," katanya yang enggan mendedahkan identiti penulis skrip tersebut.
Raja Azmi berkata, dia memang kenal dengan penulis itu dan faham tentang perasaan seorang penulis.
Katanya, penulis itu memberitahunya banyak ideanya pun banyak ditiru dan dia juga ingin survive (hidup).
Mengenai bayaran yang dituntutnya, isteri kepada bekas pemain beregu badminton negara, Jailani Sidek berkata dia tidak kisah mengenainya kerana 'orang tengah' itu hanya mencuri idea, tetapi menulis skrip itu.
"Orang tengah kena kesianlah.. Dia dah pakai duit tersebut. Kak boleh anggapnya sebagai derma... yang penting masalah dah settle. Perhubungan saya dengan Sedania pun dah okey.
"Mula-mula, hati Akak memang terguris.. Ingatkan Sedania ciplak. Bila dah tahu, baru Kak cool down," jelasnya yang pemaaf sifatnya.
Raja Azmi sanggup memaafkan orang tengah itu kerana menyifatkan sifat maaf ialah satu anugerah Tuhan yang baik.
"Sebagai insan, kalau kita sudah maafkan, perasaan lega itu adalah lebih sedap daripada makan durian," katanya secara berfalsafah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: