WASHINGTON - Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat sama ada masalah kerosakan sistem pemanas menyebabkan kokpit sebuah pesawat Boeing 757 terbakar sehingga membuat pendaratan cemas dekat sini, kata beberapa pegawai semalam.
Seorang jurucakap pihak berkuasa berkenaan memberitahu, pesawat itu yang membawa 112 orang termasuk aktres jutawan, Ashley Olsen dan teman lelakinya, Justin Bartha mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles Washington di Sterling pada Ahad lepas selepas ia berlepas dari bandar raya New York menuju ke Los Angeles.
Jurucakap tersebut, Holly Baker kemudian berkata, api dapat dipadamkan sebelum pesawat milik syarikat United Airlines itu mendarat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.
Menurut seorang lagi selebriti AS yang menaiki penerbangan tersebut iaitu pelakon teater Broadway, Jarrod Spector, dia terhidu bau asap kira-kira 30 minit selepas pesawat berlepas.
"Tiba-tiba pintu kokpit terbuka dan juruterbangnya meminta alat pemadam api untuk memadam api yang marak di dalam ruang pengendalian pesawat itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: