Wednesday, May 5, 2010

Prosiding mahkamah di hospital


SHARUL RIDZUAN (kanan) mendengar pertuduhan yang dibacakan oleh Nur Maisarah (dua dari kiri) di hadapan Majistret Nor Azizah (kanan) di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Kunjungan Majistret Nor Azizah Yusuf, jurubahasa mahkamah, Nur Maisarah Mazlan dan Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor V. Ravi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam bukan untuk melawat pesakit.

Sebaliknya, ia bagi melakukan prosiding sebutan terhadap satu kes tipu anak angkat melibatkan seorang kerani akauntan sebuah syarikat penerbangan yang terlantar di hospital itu kerana masalah jantung sejak hujung bulan lalu.

Prosiding sebutan kes terhadap K.S Saravanan Krishnan atau nama Islamnya Sharul Ridzuan Abdullah, 33, dari Ampang, Selangor itu berlangsung kira-kira 10 minit di unit rawatan jantung hospital berkenaan.

Ketika sebutan kes itu dibacakan oleh Nur Maisarah, tertuduh kelihatan tenang dan meminta kes tersebut dibicarakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: