Thursday, May 20, 2010

PM Britain jalan kaki ke Parlimen


CAMERON (dalam bulatan) berjalan kaki di laluan yang digunakan oleh orang awam dan pelancong asing ke Parlimen di London kelmarin.


LONDON - Perdana Menteri baru Britain, David Cameron berjalan kaki ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari pejabatnya di Downing Street tengah hari kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Cameron yang menjadi Perdana Menteri pada 11 Mei lalu memegang beberapa kertas dan diiringi oleh sejumlah kecil pengawal keselamatan tanpa menaiki kereta rasmi Jaguar.

Perdana Menteri daripada Parti Konservatif yang sebelum ini menjadi pembangkang di Britain itu berjalan kaki di laluan yang digunakan oleh orang awam dan pelancong asing.

Keputusan Cameron untuk berjalan kaki itu dipersoalkan oleh pakar-pakar keselamatan.

Tindakan itu berbeza dengan pendekatan bekas Perdana Menteri sebelum ini, Gordon Brown dan Tony Blair dari Parti Buruh.

Semasa berkuasa, kereta rasmi yang dinaiki Brown diiringi oleh enam buah penunggang motosikal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: