Saturday, May 1, 2010

Pengawal cabul budak dipenjara empat tahun


PERUMAL yang dijatuhi hukuman penjara kerana mencabul seorang murid sekolah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Selayang semalam.


SELAYANG - Kerakusan seorang pengawal keselamatan warga emas mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun minggu lalu menjerat diri sendiri selepas dia dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh, R. Perumal, 64, disabitkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Rini Triany Muhammad Ali.

Bagaimanapun, majistret mengecualikan hukuman sebat berikutan usia tertuduh yang sudah lanjut.

Dalam penghakiman ringkasnya, Rini Triany berkata, mahkamah perlu mengenakan hukuman penjara terhadap tertuduh sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat.

Selain itu, kata hakim itu lagi, kesalahan tersebut merupakan perkara serius di samping mengambil kira sensitiviti masyarakat kerana kes tersebut telah mendapat liputan meluas daripada media.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: