Wednesday, May 19, 2010
Nasib Bung Mokhtar ditentukan hari ini
ULU KLANG – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan pelakon, Zizie Izzette A Samad, akan mengetahui keputusan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pagi ini.
Zizie pula akan mengetahui keputusan atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai–Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais).
Tiga saudara lelaki pelakon itu, Ahmad Shahazmi A Samad, 48; Samzy Fuzette, 33, dan hero utama filem ‘Adnan Sempit’, Shaheizy Sam, 27, bersama dua lagi rakan Bung Mokhtar, Sahari Ahmad, 53, dan Titing Putang, 48, akan turut mengetahui keputusan kes kerana mengambil bahagian, masing-masing sebagai wali dan saksi pernikahan, pasangan itu.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan demikian setelah selesai mendengar hujah mitigasi peguam, Amli Embong yang mewakili kesemua tertuduh; serta pendakwa syarie, Shafizan Rosli dan Zusyafarain Yusof.
Dalam mitigasi terhadap tuduhan yang dihadapi Bung Mokhtar dan Zizie, Amli berkata, mahkamah harus mengambil kira ikrar mengaku salah dan faktor kesalahan kali pertama yang dilakukan pasangan itu.
Katanya, hukuman penjara, sekiranya dilaksanakan, akan memberikan impak negatif terhadap status dan kerjaya pasangan itu.
“Selain seorang ahli politik yang disegani masyarakat, Bung Mokhtar juga bertanggungjawab ke atas 21,000 pengundi di kawasannya iaitu Kinabatangan, Sabah,” katanya.
Pihak pendakwa syarie tidak bersetuju pengakuan salah dan kesalahan pertama dijadikan faktor peringanan hukuman.
Zusyarafain berkata, hukuman setimpal perlu diberi sebagai iktibar dan supaya masyarakat tidak mencontohi kesalahan yang dilakukan pasangan itu.
“Mahkamah perlu pastikan hukuman digubal dilaksanakan demi kepentingan awam dan penilaian perlu mengambil kira fakta kes, status tertuduh dan kesannya kepada masyarakat.
“Tertuduh (Bung Mokhtar) sudah berkahwin dan memegang jawatan besar dalam kerajaan sementara Zizie seorang artis yang menjadi idola remaja,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu dikenali sebagai ikon kerana status masing-masing tetapi kesalahan ilakukan tidak boleh dijadikan contoh.
Zusyarafain juga mahu mahkamah mengambil kira pandangan masyarakat sekiranya undang-undang tidak dipatuhi seorang penggubal undang-undang seperti Bung Mokhtar.
“Kelima-lima tertuduh yang lain juga mempunyai status dan dikenali masyarakat, terutama Ahmad Shahazmi yang merupakan ahli perniagaan dengan pendapatan lebih RM20,000 sebulan dan Shaheizy Sam, seorang pelakon,” katanya.
Pada 20 April lalu, Bung Mokhtar, 51, mengaku salah berpoligami dengan Zizie, 31, tanpa kebenaran mahkamah; sementara pelakon itu mengaku salah berkahwin dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai–Rujuk Jais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasib ko la bung..hahaha
ReplyDeletejanji gebuuuu bung
ReplyDelete