![]() |
| MONA YAMAMOTO |
HOS dan penyampai televisyen terkenal Jepun, Mona Yamamoto baru-baru ini diumumkan sebagai duta bagi barangan kemas daripada Hong Kong, 3D-Gold.
Memakai barangan kemas bernilai 10 juta yen pada majlis perasmian tersebut, Mona yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi hubungan sulit bersama Tomohiro Nioka berkata, kekasihnya lebih bernilai berbanding berlian.
Katanya: "Saya berharap kekasih saya akan memberi sebentuk cincin pada hari perkahwinan kami nanti. Tapi sebenarnya nilai dia lebih tinggi daripada sebutir berlian."
Menurut Mona, cintanya terhadap kekasih lebih tinggi jika mahu dibandingkan dengan ketaksuban terhadap barang kemas. Bagi wanita ini, cinta manusia itu kekal berbanding cinta berbentuk materialistik.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: