|
|
DENGAN slogan My Life My HP, syarikat teknologi terbesar dunia HP melancarkan siri baru komputer riba bagi memenuhi keperluan pengguna.
Komputer riba berkenaan menepati keperluan dan permintaan pengguna setiap hari dalam pelbagai aspek termasuk gaya, harga, saiz dan keperluan pengkomputeran.
Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Personal HP, Danny Lee berkata, pengguna berpeluang memilih komputer riba tradisional kepada komputer riba berasaskan Internet serta komputer riba bagi peminat muzik dan permainan tegar.
"Mereka boleh memilih antara tiga model Compaq Presario CQ42 Notebook PC bagi pengguna biasa, HP Pavilion dv3 Entertainment Notebook PC bagi penggemar hiburan dan khusus bagi wanita bergaya HP Mini 210 Vivienne Tam Edition Notebook PC," katanya pada majlis pelancaran produk baru HP di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengguna yang mahukan kesempurnaan komputer, Compaq Presario CQ42 adalah jawapannya.
Presario CQ42 menawarkan kecanggihan luaran selain menawarkan produktiviti setanding gayanya.
Beratnya hanya 2.2 kilogram (kg), Presario CQ42, menawarkan kecanggihan dan mobiliti dalam rekaannya.
Boleh didapati dalam warna Biscotti dan Matte Black serta rekaan yang dapat mengurangkan kesan cap jari menjadikannya mudah dibersih dan diselenggarakan.
Manakala HP Pavilion dv3 sesuai bagi peminat hiburan yang sentiasa bergerak.
Dilengkapi dengan 640GB HDD dan pemprosesan Intel Core i7 berupaya mempamerkan kandungan digital kegemaran anda dalam kualiti terbaik dengan High Definition HP BrightView LED Display 13.3 ini, grafik Direct X 11, teknologi grafik boleh separa automatik bagi Intel HD Graphics dan kad grafik ATI Mobility Radeon HD 5450.
Sistem memorinya boleh dipertingkatkan sehingga 8GB membolehkan pengguna menikmati filem dan muzik kegemaran dengan Dolby Advanced Audio, pembesar suara Altec Lancing Internal dan perisian eksklusif HP MediaSmart.
Pembaca Cap Jari Peribadi Digital dan HP ProtectSmart juga membantu melindungi data dan menguruskan keselamatan dalam talian.
Selain itu pengguna juga boleh melayari Internet, akses gambar, muzik hanya dengan menyambungkan komputer riba dengan HP QuickWeb.
HP Pavilion dv3 memaparkan keseimbangan mobiliti dan pencapaian dan dengan sokongan Quad Core dan grafik DirectX 11.
HP juga tidak mahu ketinggalan bagi wanita bergaya dengan koleksi Vivienne Tam musim bunga 2010.
Inspirasi dari kisah cinta Cina klasik paparan Butterfly Lovers penuh dengan kisah kebebasan, asmara dan inspirasi.
Hayat bateri sehingga 5.5 jam sesuai dengan mereka yang bergaya selain sentiasa bergerak dengan skrin LED 10.1 inci dan papan kekunci yang 93 peratus saiz kekunci PC biasa.
Bekerjasama dengan Dr. Dre, HP telah menggabungkan perisian audio berprestasi tinggi bagi membolehkan pendengar mengalami muzik menerusi fon kepala atau pembesar suara luaran.
HP Mini 210 ini didatangkan dengan memori 2 GB dan pilihan pemacu keras yang lebih besar sehingga 320 GB, HP QuickWeb, perisian sokongan automatik dan Microsoft Window7 Basic.
Pelancaran HP Mini 210 Vivienne Tam sesuai dengan program HP 2010 Tech Chic bagi menggabung teknologi dan fesyen menerusi beberapa siri aktiviti dengan golongan wanita.
Selaras dengan Program Tech Chic HP yang khusus untuk golongan wanita, HP Malaysia akan menganjurkan jualan kebajikan sempena pameran jalanan My Life My HP.
Keuntungan daripada jualan berkenaan akan didermakan kepada All Women's Action Society Malaysia (AWAM).
Kesemua komputer riba berkenaan dijual pada harga berpatutan misalnya Compaq Presario CQ42 dijual pada harga runcit RM1,799.
Manakala HP Pavilion dv3 pula pada harga runcit RM4,099 da HP Mini 210 Vivienne Tam Edition pula berharga RM1,599.
Ketiga-tiga model telah berada di pasaran sekarang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: