Tuesday, May 4, 2010

Malaysia tak catat kes HIV tertinggi

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menafikan negara mencatatkan kes HIV paling tinggi berbanding Papua New Guinea dan Kemboja.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran kes HIV negara bagi kalangan orang dewasa berumur 15 hingga 49 ialah 80,000 kes atau 0.5 peratus.

"Kadar ini adalah rendah jika dibanding dengan Kemboja yang mencatatkan 75,000 kes atau 0.8 peratus bagi golongan yang sama manakala Papua New Guinea mencatatkan 54,000 atau 1.5 peratus," katanya ketika menjawab soalan Senator Zainun A. Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: