KUALA LUMPUR - Majikan yang tidak peka terhadap keselesaan dan keselamatan di tempat kerja menjadi faktor utama yang mendorong kes penyakit berkaitan pekerjaan mengalami peningkatan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, untuk tahun lalu, kementeriannya merekodkan sebanyak 669 kes berbanding 453 kes pada tahun 2008.
"Untuk tiga bulan pertama tahun ini saja sebanyak 185 kes dicatatkan dan angka ini dijangka bertambah jika langkah sewajarnya tidak diambil,'' katanya yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: