Monday, May 3, 2010

Majikan liat naikkan gaji ditegur

KUALA LUMPUR - Gaji purata pekerja kilang perindustrian di negara ini antara RM550 sahaja dan mereka perlu bekerja 12 jam setiap hari sekiranya mahu mendapat gaji sekitar RM900 sebulan.

Angka itu, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam merupakan contoh masih ada majikan di negara ini tidak menaikkan gaji kepada pekerja-pekerjanya dan dalam masa yang sama tidak memberi sebarang jaminan kepada golongan itu menampung keperluan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: