PENYANYI dan aktres, Jennifer Lopez membelanjakan AS$30 juta untuk menyewa sebuah kapal layar mewah supaya ahli-ahli keluarganya mempunyai privasi semasa berada di Cannes.
Bintang berusia 40 tahun itu mempunyai anak kembar, Max dan Emme, 2, hasil perkongsian hidup dengan suami Marc Anthony.
Lopez berusaha mengelakkan ahli-ahli keluarganya daripada publisiti yang tidak diperlukan.
Penyanyi terkenal itu menghadiri Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-63 di situ.
"Kapal layar itu mempunyai empat kru. Oleh itu, ia lebih mewah daripada hotel," menurut sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: