Sunday, May 23, 2010

Kompaun minimum RM300


JPJ mencadangkan kadar baru saman bukan untuk
meningkatkan kutipan hasil tetapi bagi mendidik para pemandu. - Gambar hiasan


BESUT - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.




Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentangkan kepada Kabinet bulan depan.

"Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: