Wednesday, May 5, 2010

Kemalangan selepas menonton filem 3D




PLYMOUTH - Pakar-pakar kesihatan memberi amaran filem tiga dimensi (3D) boleh menyebabkan komplikasi kesihatan seperti keliru, pening kepala dan kekejangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan setelah kereta yang dipandu seorang lelaki Josh James (gambar) terbalik dalam perjalanan pulang ke rumahnya, setengah jam selepas dia menonton filem 3D Alice In Wonderland di sini, Britain, pada bulan lalu.

Semasa menonton filem tersebut, James memakai cermin mata 3D yang diberikan kepada penonton dan mendapati alat itu menyebabkan dirinya berasa amat tidak selesa.

"Pemandangan saya berulang kali menjadi kabur dan pelipis saya sakit," kata James yang merupakan seorang pelajar A-Level berusia 18 tahun.

Menyangka kesan sampingan itu hilang, James kemudian memutuskan untuk memandu pulang dan cuma mengingati kenderaannya tersadai di dalam sebuah parit dengan dia mengalami cedera ringan.

Selain pakar-pakar kesihatan, syarikat pengeluar barangan elektronik Samsung turut memberi amaran bahawa wanita hamil, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mengalami masalah kesihatan serius berisiko menjadi keliru, mendapat kekejangan selain loya dan pening kepala akibat memakai cermin mata 3D.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: