Saturday, May 1, 2010

Katak beracun dibiak di Britain


GAMBAR menunjukkan bayi katak antara paling beracun di dunia diletakkan di atas sebatang pencil di Akuarium Blue Reef, Portsmouth, Britain.


PORTSMOUTH, Britain - Sejenis spesies katak antara paling beracun dari Andes di Ecuador yang mempunyai racun lebih berbahaya daripada dadah morfin kini dibiak di sebuah pusat pameran haiwan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah katak itu kini dipelihara di pusat pameran tersebut, Akuarium Blue Reef yang turut menempatkan lebih 40 hidupan marin lain termasuk jerung, udang karang, kuda laut dan ikan tropika.

Jurucakap akuarium tersebut, Jenna MacFarlane berkata, katak beracun itu dipelihara kerana spesies amfibia berkenaan sedang menghadapi ancaman kepupusan serius akibat pencemaran dan habitat semula jadi dimusnahkan.

Kulit katak itu mengandungi 200 kali ganda toksin daripada dadah morfin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: