
Malah, timbul juga gosip mengatakan Syahrini adalah cinta baru Anang dan pilihan terbaik untuk memenuhi ruang kosong hidup Anang selepas berpisah dengan KD. Syahrini juga dikatakan intim dengan anak-anak Anang.
Bagi tuan empunya badan, persepsi dan nilaian itu cepat-cepat ditepis dan enggan peminat terus dibelenggu dengan tanggapan.
“Tetapi, perbezaan itu tidak menghalang Syahrini untuk rapat dengan anak-anak, hasil perkahwinan dengan KD. Ternyata kedua anak kecil itu begitu senang memanggil saya dengan panggilan mimi dan kadang kala dengan panggilan auntie, malah panggilan mimi juga digunakan mereka kepada KD,” katanya pada sidang media pelancaran album duet, Jangan Memilih Aku, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Syahrini juga mengaku begitu menyayangi Titania Aurelie Nurhermansyah 12, dan Azriel Akbar Hermansyah, 10 dan sangat menyenangi keletah pintar kedua-dua anak Anang.
“Saya pernah dengar satu laporan yang mengatakan kehadiran saya seperti menggantikan tempat ibunya, tetapi pada saya ibunya cuma satu, jadi tidak mungkin saya akan menggantikan ibunya, tetapi saya akan menjadi sahabat yang baik-baik buat anak-anak kecil itu.
“Saya akui menyayangi mereka, malah saya sangat senang dengan mereka, lagipun saya sememangnya sukakan kanak-kanak, jadi bila berdamping dengan dua anak kecil ini, saya rasa seronok,” katanya.
Menurutnya, jika ada masa terluang dia akan keluar bersama Aurelie (yang juga dipanggil Loli) dan Azriel.
“Baru-baru ini saya berpeluang keluar berdua dengan Loli, menonton konsert Kelly Clarkson yang diadakan di Jakarta dan itulah kali pertama kami keluar berdua tanpa ditemani sesiapa,” katanya yang bakal muncul dengan album kedua hujung tahun ini dan Anang akan menjadi komposernya nanti.
Sementara itu, Anang menolak dakwaan pemilihan Syahrini adalah bertujuan menggantikan tempat KD.
”Saya tidak memilih Syahrini kerana ingin mengantikan tempat KD, atau menjadikan Syahrini sebagai bayang-bayang KD, tetapi mahu dia menjadi pasangan untuk lagu baru saya kerana sukar untuk mencari rakan duet yang serasi dan mempunyai nada suara yang boleh berduet bersama, tapi itu semua ada pada Syahrini,”
”Proses kami untuk bekerjasama dipermudahkan Allah, lamaran pertama saya kepada Syahrini diterima dan dalam masa sebulan proses rakaman dapat diselesaikan,” katanya.
Ketika sesi pelancaran tersebut kemesraan di antara Anang dan Syahrini, lebih istimewa lagi dalam majlis tersebut mereka telah mendendangkan lagu Jangan Memilih Aku sebagai tanda penghargaan buat rakan media yang hadir.
”Kami hanya rakan duet sahaja, saya senang kerana Anang menyokong kerjaya nyanyian saya dan tidak lebih dari itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: