CUMBRIA, England - Polis Cumbria di England kini boleh mengesan pencuri pada waktu malam tanpa sebarang masalah dengan menggunakan kamera haba, lapor sebuah akhbar semalam.
Kamera yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai FLIR H-Series itu menggunakan teknologi yang digunakan di medan perang.
Imej dari jarak lebih satu kilometer pada waktu malam boleh dilihat menerusi kamera itu.
Mudah dibawa sepanjang rondaan, ia dijual pada harga AS$5,049 (RM16,083) seunit.
Pasukan polis yang terlatih itu turut dilengkapi dengan basikal BMX untuk membuat rondaan di taman-taman.
"Kami lihat wujud peningkatan kes kecurian di kawasan terpencil.
"Kami komited untuk menanganinya dengan menggunakan teknologi tercanggih," kata seorang pegawai polis, Richard Quinn.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: