Monday, May 3, 2010

Kahwin selepas berkenalan 17 jam


NICK BOND dan isterinya, Alex Gabrielson.


LONDON - Seorang pelancong Britain, Nick Bond melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita, Alex Gabrielson 17 jam selepas mereka berkenalan di sebuah bar di Las Vegas, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya, Bond yang sedang minum minuman keras di bar sebuah hotel di Las Vegas tertumpah minuman keras ke arah bakal isterinya yang memakai pakaian seksi berwarna hitam sebelum mereka saling berkenalan dan makan di sebuah restoran.

Bond yang bekerja sebagai penasihat kewangan kemudian berkenalan dengan wanita tersebut dan melamarnya pada pukul 3.30 pagi di restoran itu sebelum mereka berkahwin pada pukul 5 petang pada 16 April lalu.

Semasa menceritakan kisah hidup masing-masing, Bond yang telah bercerai pada 2004 tiba-tiba berkata kepada bakal isterinya itu: "Saya menganggap saya mencintai anda."

Bakal isterinya kemudian menjawab: "Saya anggap saya turut mencintai anda."

Bond kemudian menyatakan kepada bakal isterinya mereka patut berkahwin.

Namun, kata Bond, bakal isterinya itu menyatakan ia bukan cara sesuai untuk melamar dirinya.

Menurut Bond, dia kemudian melutut di depan bakal isterinya itu yang menyebabkan Gabrielson terkejut.

"Saya tidak mempunyai cincin menyebabkan kami kemudian menggunakan cincin yang sedang dipakai Gabrielson," katanya.

Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan pada 16 April lalu di sebuah gereja kecil yang dihadiri oleh 20 rakan-rakan mereka dalam majlis yang berlangsung selama 10 minit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: