|
|
BUDAPEST - Polis Hungary terkejut apabila menahan empat remaja Afghanistan dipercayai pendatang asing tanpa izin yang hanya berjalan kaki dari negara asal mereka semata-mata untuk menikmati kebebasan mendengar muzik di Britain.
Kumpulan remaja itu mendakwa telah memulakan perjalanan sejak awal Januari 2007 serta menempuh jarak sejauh 4,356 kilometer dari ibu negara Kabul dan kini hanya berbaki 1,450 kilometer lagi untuk tiba di London.
"London tempat sesuai menikmati muzik terbaik dunia dan kami mahu merasai kehebatan muzik kerana di negara kami yang masih dikuasai Taliban, muzik itu haram," kata seorang pelarian yang dirahsiakan identiti.
Jurucakap polis, Peter Zsobrak berkata, imigran Afghanistan itu ditemui keletihan di kawasan perkuburan di Harkany, selatan Hungary dan mereka hidup dengan mengambil makanan di tempat buangan sampah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: