
MADRID - Seorang ibu mengaku membunuh dua anak kandungnya yang masing-masing berumur lima tahun dan setahun di sebuah hotel di Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam insiden tragis pada Isnin lepas, wanita warga Britain berusia dalam lingkungan 40-an itu kemudian menulis sepucuk nota yang mendedahkan meminta pekerja di Hotel Miramar tempat dia menginap di wilayah Girona, supaya menghubungi ambulans.
Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan dipercayai mengalami gangguan mental.
Kakitangan hotel menghubungi polis selepas mereka tidak mendapat jawapan munasabah kenapa wanita itu memerlukan perkhidmatan ambulans.
Anggota-anggota polis bertindak menggeledah bilik 101, tempat dia menginap sebelum menemui mayat dua kanak-kanak dalam keadaan terbaring di atas sebuah katil.
Pihak polis tidak mendedahkan kandungan nota yang ditinggalkan wanita berkenaan.
Motif dia membunuh anaknya itu tidak diketahui.
Menurut laporan media, anaknya itu dipercayai dicekik atau dilemaskan.
Akhbar El Pais di Sepanyol melaporkan polis tidak mendedahkan kandungan nota tersebut manakala suspek yang ditahan pada hari sama, dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah tempatan hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: