SHAH ALAM – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) semalam menawarkan khidmat untuk menjadi peguam pemerhati dalam kes remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, (gambar) 15, yang mati terkena tembakan polis Isnin lalu.
Timbalan Presidennya, Rosdi Amir berkata, ramai di kalangan ahli GPMS terdiri daripada peguam dan mereka akan terlibat sebagai pemerhati dalam prosiding mahkamah melibatkan kes itu.
“GPMS menawarkan diri kepada ibu mangsa untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu sebelum ada pihak lain yang berminat dalam kes ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menemui ibu Allahyarham Aminulrasyid di kediamannya di Seksyen 11, di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: