Monday, May 10, 2010

Empat lelaki kempunan larikan mesin ATM


INILAH mesin ATM sebuah bank yang gagal dilarikan empat perompak dalam kejadian di Jalan Kelang Lama, Kulim semalam.


ALOR SETAR - Cubaan empat lelaki bertopeng untuk melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank terbantut apabila kesemua mereka dicekup dalam satu kejadian di Jalan Kelang Lama, Kulim dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4.15 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek bertindak memecahkan pintu kaca bank tersebut lalu melilitkan rantai besi sepanjang tujuh meter pada mesin itu sebelum menariknya dengan sebuah lori satu tan.

Bagaimanapun, usaha suspek gagal selepas rantai tersebut terputus manakala mesin yang dipercayai mengandungi puluhan ribu ringgit itu pula hanya bergerak sedikit dari lantai bank.

Akibatnya, satu bunyi kuat terhasil hingga didengari oleh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan pada jarak kira-kira 50 meter dari bank tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: