MENERUSI sentuhan lagu sentimentalnya, Elton John telah membuai emosi ramai pendengar muzik.
Terbaru, Elton mendedikasikan lagu I Guess That''s Why They Call It the Blues kepada Vanessa Redgrave semasa membuat persembahan di Carnegie Hall.
Redgrave kehilangan anak perempuannya, Natasha Richardson, adik Lynn Redgrave Corin Redgrave.
"Dia telah mengalami setahun yang teruk. Vanessa, terimalah lagu ini dengan kasih sayang saya dan semua artis di atas pentas," media memetik dia sebagai berkata.
Corin meninggal dunia pada April manakala Lynn pada awal bulan ini.
Vanessa tidak dapat menahan sebak dan menangis. Dia dibawa ke belakang pentas semasa waktu rehat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: