ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang membawa mayat wanita untuk dibuang di Nilai Spring, Seremban semalam.SEREMBAN - Tindakan seorang lelaki melarikan diri ketika dikejar kereta peronda polis dan memberitahu kekasihnya pengsan gagal memperdaya polis yang kemudian mendapati wanita itu telah mati.
Sebelum kejadian pada pukul 10 malam, kereta Perodua Kancil dipandu lelaki berusia 35 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di Bangi, Selangor.
Kereta peronda polis telah mengekori kereta itu sehingga ke Nilai Spring dekat Nilai di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, suspek yang menyedari keretanya diekori polis telah memecut kereta sebelum kereta tersebut terbabas di Nilai Spring.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: