
BINTANG terkenal drama bersiri Numb3rs, David Krumholtz akhirnya berkahwin dengan tunangannya, aktres Vanessa Britting di The Plaza City, New York baru-baru ini.
Pengesahan perkahwinan mereka disahkan oleh pungurus publisiti mereka secara eksklusif kepada majalah People.
Pasangan ini terlebih dahulu telah bertunang pada Julai 2008 di Paris dan kemudian berkahwin dalam sebuah majlis ringkas di hotel tersebut dengan hanya dihadiri 180 orang tetamu sahaja.
"Mereka mahukan sebuah majlis persandingan tradisi Manhattan, dan itu yang mereka lakukan. Tidak ramai tetamu yang dijemput tetapi Seth Rogen menjadi pengapit pengantin lelaki termasuk Jay Baruchel serta teman-teman dari siri Numb3rs iaitu Rob Morrow, Judd Hirsch dan Peter MacNicol," ujar perancang perkahwinan mereka, Michelle Rago yang telah mereka busana indah berwarna merah jambu untuk pasangan ini.
Tambah Rago, pada pandangannya, David dan Vanessa adalah pasangan sejiwa dan mempunyai kesefahaman yang baik antara satu sama lain.
"Saya jangkakan mereka akan hidup kekal bersama," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: