Thursday, May 27, 2010

Cheryl Cole fail perceraian di mahkamah


Cheryl Cole


LONDON - Penyanyi terkenal, Cheryl Cole, 27, memfailkan penceraian dengan suaminya yang juga pemain kelab bola sepak Chelsea, Ashley Cole di Mahkamah Tinggi London, kelmarin.

Dalam dokumen penceraian tersebut Cheryl menyatakan bahawa, Cole, 29, telah berkelakuan tidak wajar terhadapnya sebagai alasan untuk berpisah.

Sebelum ini, bintang bola sepak itu curang dengan beberapa wanita.

Cheryl yang juga merupakan juri bagi rancangan realiti televisyen X Factor mahu menyelesaikan isu perceraian itu sebelum perlawanan pertama pasukan bola sepak England pada Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang disertai Cole.

Pihak pengurusan penyanyi itu, Supersonic PR mengesahkan berita perceraian itu menerusi laman Twitter.

Bagaimanapun, Cheryl tidak mahu meminta wang daripada Cole.

Pasangan itu memiliki kekayaan bersama yang dianggarkan £22 juta (RM105 juta) dan berkongsi rumah sembilan bilik di Surrey bernilai £6 juta (RM28.6 juta).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: