|
|
SURABAYA - Seorang budak 11 tahun yang mendapat liputan meluas kerana menjadi bomoh cilik dan mampu menyembuhkan penyakit dengan batu sakti jatuh sakit dan terpaksa dirawat di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.
Bomoh itu yang terkenal dengan panggilan Ponari dihantar oleh bapanya, Kamsin ke hospital setelah suhu badannya amat panas.
Namun, dia dari Desa Balongsari, Megaluh, Jombang, Jawa Timur dibenarkan pulang selepas sehari dirawat di hospital itu.
"Kami sudah cuba memberi air minuman yang dicelupi batu bertuah itu tetapi suhu badannya terus naik dan akhirnya kami membawa Ponari ke hospital," kata Kamsin kepada wartawan.
Penjelasan keluarga itu menafikan kehebatan Ponari yang pernah menarik perhatian ramai apabila dikunjungi puluhan ribu pesakit yang percaya dia mampu menyembuhkan penyakit dengan menggunakan seketul batu ajaib.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: