AKTOR yang membina kerjaya sebagai model, Arjun Rampal,mengatakan bahawa sahabatnya, pereka fesyen, Rohit Bal akan lebih menjaga kesihatannya selepas diserang penyakit jantung baru-baru ini.
Menurut aktor kacak itu, perkara itu adalah sebuah 'teguran' yang mengerikan buat Rohit. Dia sembuh, tapi memerlukan waktu untuk pulih sepenuhnya. Dia sekarang akan lebih menjaga kesihatannya.
"Siapa yang tidak mahu terus hidup?. Kita semua harus bersukan dan membahagikan waktu bekerja dan bersenam," kata Arjun.
Arjun bakal muncul dengan dua filem baru yang amat berbeza. Filem bertajuk Housefull bakal ditayangkan pada Jumaat ini dan Raajneeti yang akan ditayangkan pada bulan Jun nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: