BERBEKAL pengalaman selama 20 tahun, komposer terkenal, Faizal Maas atau lebih dikenali Ajai bakal menyandang jawatan Dekan di Akademi KEYNOTE.
Program realiti TV yang bakal ke udara pada Jun ini bakal mencari komposer baru yang berbakat seiring dengan trend muzik semasa.
"KEYNOTE mempunyai misi mencari bakat-bakat muda dalam bidang penciptaan lagu dan sekaligus berkaliber menjadi seorang penerbit.
"Proses ini yang akan diperoleh oleh peserta-peserta yang terpilih untuk KEYNOTE dalam tempoh tiga bulan pembelajaran di akademi KEYNOTE," jelasnya.
Menurut Ajai bakat-bakat muda yang ingin dicungkil ini akan menjadi pelapis bagi industri muzik tanah air yang akan berkoleberasi dengan artis tanah air.
"Ini merupakan platform kepada mereka untuk menonjolkan bakat terpendam dan apa yang mereka pelajari di pusat pengajian tinggi.
"Kita beri mereka jalan kepada mereka untuk bekerjasama dengan artis, yang mana lagu-lagu yang dicipta setiap minggu itu akan di beri kepada artis-artis tanah air untuk dijadikan single dan dimuatkan di dalam album.
"Bukan mudah bagi seseorang walaupun sudah bergelar seorang komposer untuk menjadi penerbit lagu atau sesebuah album, tetapi inilah yang menjadi matlamat utama KEYNOTE kerana di akhir rancangannya kelak, ia akan melahirkan individu yang mempunyai ilmu, bakat dan mampu diketengahkan menjadi seorang penerbit lagu," ujar Ajai yang sudah lama merancang program ini.
Selain itu, Ajai bersama rakan kongsi Erwin Azizi telah menubuhkan E&A Production sebagai platform kepada semua peserta yang bakal bersaing di arena KEYNOTE dalam merealisasikan minat serta cita-cita mereka bergelar komposer setelah keluar daripada KEYNOTE kelak.
KEYNOTE terbuka kepada semua yang berumur di antara 18 - 35 tahun dan tidak terpengaruh dengan dadah dan kelasahan jenayah.
Para peserta akan menerima tugasan pada setiap minggu dengan genre muzik yang berbeza seperti pop, rock,'world music' dan pelbagai lagi.
"Kita mahu mencari komposer yang versetail dan berbakat menulis dalam kesemua genre muzik dan tidak tertumpu kepada satu genre muzik sahaja," jelasnya.
Sementara itu, sesi ujibakat KEYNOTE akan berlangsung di tiga buah lokasi iaitu pada 23 Mei Wisma Bentley, Damanasara, 27 Mei di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya dan 5 Jun di Institusi Seni Sabah (SIA), Kota Kinabalu.
KEYNOTE bakal bersiaran di Astro Ria, Saluran 104 bermula 15 Jun, pukul 10,00 malam. Program ini akan bersiaran sebanyak 13 episod termasuk episod Zon KEYNOTE.
Dua pengacara yang bakal mengendalikan program ini ialah Yasmin Hani dan Farish Aziz.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: