Thursday, May 27, 2010

Ah long kurung mangsa dicekup


ABDUL JALIL (dua dari kanan) menunjukkan iklan dan beberapa barangan yang dirampas daripada empat ah long pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sekumpulan empat ah long bergelar sindiket Ah Yong yang disyaki terlibat menggunakan kekerasan terhadap peminjamnya termasuk mengurung mangsa dalam rumah sendiri berhampiran sebuah restoran di Pandan Perdana dekat sini Isnin lalu.

Tangkapan pukul 10 pagi itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan daripada seorang peniaga mengatakan dia tidak tahan diganggu dan pernah dikurung dalam rumah sendiri apabila pintu jeriji besi dikunci oleh ah long terbabit.

Selepas itu, suspek-suspek terbabit akan menunggu di depan rumah untuk memastikan mangsa tidak melarikan diri.

Difahamkan, dua bulan lalu, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu telah meminjam RM2,000 tetapi hutang itu meningkat mendadak ekoran dikenakan kadar faedah sebanyak 20 peratus sebulan.

Setakat ini, mangsa telah membayar sebanyak RM6,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek-suspek berusia di antara 24 dan 29 tahun ditahan ketika sedang menaiki sebuah kereta Toyota Vios.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: