![]() |
| KASUT tumit tinggi tampil dengan rekaan retro dan berpotongan klasik digayakan dengan beg besar yang menarik. |
Tod's merupakan jenama mewah yang sememangnya terkenal dengan bahan-bahan asli yang diperbuat daripada kulit haiwan eksotik. Sempena dengan kehadiran musim bunga kali ini, jenama dari Itali ini sekali lagi tampil bergaya dengan koleksi eksklusif dan sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja. Malah ia pasti akan membuatkan si pemakai kelihatan anggun bergaya.
Sesuai digayakan wanita dan lelaki yang mementingkan penampilan dan bercita rasa tinggi dalam gaya hidup yang serba mencabar.
Melihat pada rekaan dan sentuhan kerja tangan para perekanya, ia mampu menyerlahkan identiti si pemilik dengan pemakaian aksesori kulit asli yang mewah, sofistikated serta chic.
Kasut
Kasut tumit tinggi tampil dengan rekaan retro dan berpotongan klasik. Sesuai digayakan wanita berjiwa feminin dan elegan. Pemakaian kasut tersebut sesuai digayakan ke majlis gala mahupun makan malam.
Didatangkan dengan pelbagai warna terang seperti biru, jingga dan oren bagi memperlihatkan keberanian si pemakai.
Manakala bagi koleksi kasut lelaki, Tod's menampilkan kasut berpotongan peter, marlin Hyannisport, Gommino dan loafer dengan butiran gommimo di setiap permukaan tapak kasut.
Beg
Beg kulit Tod's Dog pula didatangkan daripada ton warna yang berbeza dengan sentuhan reka bentuk geometri yang unik.
Bagi yang gemar berpenampilan kemas ke pejabat, ia amat sesua.i
Turut tidak ketinggalan beg besar yang anggun turut diperkenalkan dengan jualan yang terhad.
Beg buatan tangan dari Itali ini merupakan signatur jenama tersebut serta didatangkan dengan warna-warna yang lembut seperti biru, hijau lembut serta kuning cair.
Kulit anak lembu, buaya, biawak, burung unta, anak kuda, bulu serigala dan ular sawa adalah sumber kulit produk Tod's.
Bagi anda yang gemar berpenampilan mewah dan sedang mencari-cari koleksi terbaru, jenama Tod's boleh dijadikan pilihan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: