Sunday, February 28, 2010

Mawi kian terurus


Mawi


TERTAWA kecil sebelum menjawab beberapa soalan, Asmawi Ani, 29, tidak terkesan apabila diajak bercerita tentang popularitinya. Bagi lelaki yang pernah terjulang dek fenomena Raja SMS itu, dia tidak mahu memberatkan kepala memikirkan soal popularitinya yang dikatakan sedang merudum.

Kelibat isteri tercinta, Ekin yang sering menemaninya ke acara hiburan juga menimbulkan cemuhan.

"Soal populariti, saya letak tepi. Sibuk tetap sibuk tapi jadual hidup saya semakin terurus. Itu perkara pertama yang saya kesan buat masa ini.

"Saya selesa begini, sekarang saya menjadi seorang yang ada lebih masa untuk kehidupan peribadi. Tidak perlu terkejar-kejar seperti tahun-tahun pertama dalam industri dan sudah boleh beri banyak tumpuan terhadap satu-satu projek," katanya yang kini lebih banyak memberi fokus kepada syarikat produksi miliknya, Mawi World Entertainment (MWE) Sdn. Bhd.

Terkait dengan saman oleh Yassa Sdn. Bhd. yang menuntut RM1 juta terhadap Mawi World bagi pengeluaran air mineral berjenama 'Mawi World', saman itu bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Selepas muncul sebagai pegawai polis dalam filem Jin Notti, Mawi kini membawa watak cerita dongeng kanak-kanak, Badang menerusi Magika. Di sisinya, dia bergandingan dengan Diana Danielle.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: