Wednesday, February 24, 2010

Bergaya ke pejabat


Skirt lurus dipadan bersama blaus burgundy.


WANITA berkerjaya yang prihatin terhadap penampilan diri sentiasa mahu kelihatan bergaya terutama ketika melangkah ke pejabat.Pilihan fesyen tidak terhad kepada jaket dan skrit saja sebaliknya rekaan-rekaan ke pejabat kini semakin pelbagai dan segar.

Antaranya seperti yang ditampilkan oleh Paul Smith, jenama tidak asing dan merupakan salah satu nama besar dalam dunia fesyen Britain.

Terbaru Paul Smith telah memperkenalkan fesyen-fesyen terbaru yang diinspirasikan daripada gaya kontemporari serta anak-anak muda hari ini.

Gabungan jahitan mewah, Paul Smith Black menyaksikan kualiti yang menggambarkan keyakinan.

Rekaan koleksi Paul Smith kali ini merupakan koleksi yang nampak 'hidup' dengan menggunakan corak warna-warna yang menarik, yakin, berani dan terang.

Kain fabrik yang digunakan untuk koleksi ini ialah kain sutera, kapas, jersi serta kain berjenis kait di samping bercetak untuk penampilan yang segar.

Pemakaian yang segar oleh koleksi Paul Smith tidak dapat dinafikan selain mempunyai kepakaran jahitan yang komprehensif.

Potongan yang langsing turut diketengahkan kali ini pada kain yang licin dan lembut di mana ia bertujuan keselesaan kepada si pemakai selain nampak relaks.

Pada masa yang sama, Paul Smith turut menampilkan potongan longgar tetapi menggabungkan gaya ketat di pinggang.

Fesyen tersebut secara tidak langsung untuk menampilkan gaya feminin kepada si pemakai.

Untuk fesyen tersebut, Paul Smith menampilkan warna-warna yang terang dan kontra untuk memberi kelainan.

Menjadi satu identiti kepada rekaan Paul Smith, rekaan dengan jahitan tangan, butang berwarna-warni, pelapik sutera bercetak serta kolar t-shirt yang kontra merupakan satu kemestian kepada rekaannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: