Saturday, February 27, 2010

Buru pasaran RM1.7 trilion


ORANG ramai berpeluang membeli dan mendengar penerangan pelbagai jenis produk halal sempena kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus mengambil langkah agresif dalam sektor halal ekoran lonjakan besar nilai pasaran global untuk makanan halal sebanyak tiga kali ganda kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun ini.

Ia merupakan peningkatan ketara berbanding hasil kajian High Beam Research sebanyak AS$150 bilion (RM510 bilion) pada tahun 2007.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, produk halal mempunyai pasaran yang sangat besar kerana jumlah umat Islam di seluruh dunia kini dianggarkan seramai 1.8 bilion di 112 negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: