|
|
SEMASA dalam kandungan, bayi diapung oleh cecair umniotik dan apabila dilahirkan kulit bayi mengekalkan kadar kelembapannya secara tersendiri.
Apabila dilahirkan akan berlaku perubahan yang menyebabkan kulit bayi mengalami suasana baru dalam dunia yang lebih kering.
Memang tidak dinafikan sesiapapun akan berasa geram melihat kulit bayi yang gebu, lembut dan bersih.
Tetapi apakah yang patut lakukan bagi memastikan agar kulit mereka terus kekal lembut dan tidak kering?
Jawapannya ialah dengan menggunakan produk penjagaan kulit bayi yang sesuai.
Waktu yang perlu diberi perhatian khusus ialah ketika memandikan bayi dan menggunakan pelembap kulit.
Pemilihan set mandian dan pelembap yang betul amat perlu bagi memastikan kulit bayi tidak kering dan terhidrat dengan cuaca panas.
Menurut Pengarah Pemasaran Profesional Johnson Asia Pasifik, Robert Kwon, sel kulit bayi lebih halus jadi ia lebih mudah menjadi kering.
"Malah kulit bayi juga mempunyai daya tahan rendah untuk mengekalkan kelembapan," ujar Kwon.
Katanya, walaupun baru berusia beberapa hari di dunia ini, bayi perlu dibersihkan untuk menyingkirkan kotoran seperti air kencing, najis, air liur, peluh dan sisa susu.
Pembersihan itu juga membantu untuk mengelakkan jangkitan kuman pada.
Namun tidak memadai membersihkan bayi hanya dengan menggunakan air kerana banyak lagi kotoran yang masih melekat pada kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar si ibu.
Formula pencuci bayi yang baik akan membantu menyingkirkan kotoran secara lembut dari kulit bayi.
"Sabun biasa mengandungi alkali yang merengsakan kulit dan menambah kekeringan. Dalam satu kajian klinikal yang dijalankan sebanyak 60 peratus bayi yang baru dilahirkan menunjukkan kulit mereka mengalami kekeringan.
"Jadi pelembap juga amat penting dan untuk memastikan tahap kelembapan di paras normal, kulit bayi perlu disapu pelembap. Johnson telah melakukan penyelidikan dan pembangunan terhadap produknya justeru ia memang selamat untuk bayi," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: