Thursday, February 25, 2010

3.4b unit dilanggan

AMANAH Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) menarik pelaburan 3.4 bilion unit daripada 244,117 pemegang akaun di seluruh negara setakat ini.

HAMAD KAMA PIAH...Bumiputera berhati-hati
HAMAD KAMA PIAH...Bumiputera berhati-hati
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata sambutan terhadap AS 1Malaysia, dana untuk semua rakyat Malaysia yang diurus PNB, begitu memberangsangkan terutama kaum Cina. Menurutnya, setakat ini, 89 peratus daripada tiga bilion keseluruhan unit saham yang diperuntukkan kepada kaum Cina sudah dilanggan. “Mungkin kaum Cina lebih memahami urus niaga saham dan mengetahui pulangan yang diperoleh daripada pelaburan yang mereka buat. “Kaum Bumiputera pula lebih berhati-hati dan biasanya mereka menunggu sehingga pulangan atau dividen pertama diumumkan. Kaum Bumiputera juga lebih selesa melabur dalam amanah saham lain ditawarkan PNB termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Didik (ASD),” katanya selepas melancarkan AS 1Malaysia peringkat Sabah di Kota Kinabalu, semalam.


AS 1Malaysia dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dilancarkan pada 31 Julai lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dana berkenaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan peruntukan 50 peratus untuk pelabur Bumiputera, 30 peratus pelabur Cina, 15 peratus bagi pelabur India dan baki lima peratus untuk kumpulan etnik lain. Mengenai sambutan AS 1Malaysia di Sabah, beliau berkata, 149 juta unit saham sudah dilanggan kira-kira 12,345 pelabur di negeri ini.


Promosi AS 1Malaysia di Sabah akan diteruskan dengan aktiviti skuad MyVi AS 1Malaysia yang akan menemui penduduk setempat bermula semalam sehingga 11 Mac.


Skuad itu akan berada sekitar Kota Kinabalu dan daerah lain di pantai barat, daerah di pantai timur serta pedalaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: