|
|
JENAMA sering mempengaruhi golongan wanita untuk memiliki sesuatu barang sebagai pelengkap gaya.Bergaya dengan fesyen berjenama edisi terhad merupakan satu keistimewaan bagi golongan ini.Lebih menarik lagi jika dapat memakai suatu produk yang unik dan lain daripada yang lain.
Tanya sahaja pada mana-mana wanita, semuanya pasti teruja memiliki sesuatu yang berjenama termasuk pakaian atau aksesori lain seperti beg tangan atau kasut.
Tidak ketinggalan juga dengan jenama Folli Follie yang dipacu oleh falsafah kemewahan bergaya yang mampu dimiliki semua peringkat.
Kini didatangkan sempena musim luruh 2010, Folli Follie memperkenalkan rangkaian koleksi anggun bergaya sesuai dengan gaya hidup moden.
Menggabungkan ciri-ciri feminin, moden, kasual serta sesuai dikenakan pada sebelah siang mahupun malam.
Kepelbagaian warna daripada warna lembut seperti merah jambu, putih, lembayung, kelabu hinggalah warna terang dan klasik seperti oren serta hitam bagi koleksi aksesori wanita ini pastinya memberi pengaruh pada mood si pemakai.
Aksesori ini wanita meliputi rantai, cincin, anting-anting serta gelang dengan reka bentuk yang eksklusif.
Pilihan warna, saiz dan gaya yang pelbagai juga ditawarkan kepada mereka yang mementingkan penampilan moden dan keselesaan.
Dompet yang berpadanan dengan beg tangan turut memberikan mood nakal dan segar.
Bagi mereka yang merasa feminin serta chic, di samping lebih bersahaja dan gembira, Folli Follie menjemput anda merasai koleksi terbaru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: