Thursday, February 25, 2010

Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

Zila mahukan perubahan yang ikhlas lahir dari hati dan bukannya dirancang.

GELARAN ‘hot mama’ lebih sesuai untuk aktres Zila Bakarin yang bertubuh seksi walaupun baru melahirkan bayi sulungnya, Kaseh Azri yang berusia 10 bulan.

Mempunyai anak tidak menghalangnya untuk mengekalkan tubuh montok dan seksi. Zila akui ramai yang bertanyakan tentang perubahannya selepas berkahwin namun dia selesa sekiranya perubahan itu berlaku tanpa dirancang.

“Semua orang mahukan perubahan tetapi saya rela sekiranya perubahan itu berlaku bukan kerana dirancang.

“Memang ada sesetengah benda yang saya sudah berubah tetapi orang lain tak nampak. Apa yang orang nampak, itulah diri saya yang sebenar.

“Takkan tiba-tiba saya nak pakai baju kurung dan bertudung. Kalau boleh biarlah dengan rela hati kerana banyak perkara yang saya kena ubah,” kata Zila kepada mStar Online baru-baru ini.

Zila akui setiap perkara yang dirancang olehnya sebelum ini selalu tidak menjadi.

“Saya merupakan seorang yang last minute. Saya rasa tiada perkara yang saya nak ubah setakat ini dan hanya berserah.

“Setiap minit dan saat yang saya lalui sebagai suatu pengalaman. Misalnya, apa kelemahan yang saya nampak hari ini. Tetapi saya tidak harapkan perubahan yang ketara.

“Setiap perkara yang saya lakukan mengikut kata hati. Kalau saya tak buat hari ini, saya akan buat esok. Lama-kelamaan ia mungkin akan menjadi lebih baik,” ujar pelakon drama bersiri Siong itu.

Sejujurnya, keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik memang ada namun biarlah masa yang menentukan dan bukannya dirancang.

“Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini.

“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” ulasnya lagi.

Ditanya mengenai perubahan yang dirasai oleh dirinya yang mungkin tidak disedari oleh orang lain, dia akui perubahan yang berlaku terkesan kepada kehidupan peribadi dalam rumah tangganya.

“Sekarang, saya sudah tiada masa untuk diri-sendiri. Tetapi saya tak kata tiada alasan untuk cantik.

“Perubahannya berlaku apabila dulu, sayalah yang paling lembap dan pentingkan diri-sendiri. Tetapi sekarang, saya boleh bangun awal dan siapkan anak terlebih dahulu. Kadangkala saya melayan suami dan anak sehingga terlupa untuk makan.

“Perkara lain yang orang tidak nampak adalah saya lebih mementingkan keselamatan anak berbanding diri-sendiri apabila keluar ke sesuatu tempat. Siapa yang tak sayangkan anak…,” kata pelakon teater itu.

Selepas bersalin, berat badannya naik sehingga mencecah 67 kg. Apabila masuk tiga hingga empat bulan, badannya kurus sedikit dan dia mula menjaga makan.

“Saya menyusukan bayi dalam sebulan sahaja. Selepas itu, saya makan jamu dan ubat kesihatan. Sekarang, berat badan saya sudah turun kepada 55 kg tetapi kalau boleh saya nak turun sehingga 53 kg,” beritahunya.

9 comments:

  1. kalau nak pakai tudung tak payah tunggu. agama dah perintah wajib pakai tudung, ko pakai la, ko nak pertikai suruhan agama ker. nak harap pintu hati terbuka sampai kiamat pun tak jadi. aku tak nafi pakai tudung kalau hati tak baik nak buat apa. tapi banyak pompuan yang hati baik pun tak pakai tudung. suruhan agama ne tak boleh tunggu besok. bila2 masa je kita boleh maut. sebab tu dari kecik kita kena didik agama, supaya bila besar kita biasa hidup secara islam. satu lagi, kalau pun betul belum terbuka hati nak pakai tudung, baju tu biarlah senonoh sikit. kang aku suruh telanjang ko juga yang melenting. kalau wanita ne selalu kena tegur pasal pakai tudung, tapi tak bermakna buleh pakai baju suka hati. keseluruhannya, wajib menutup aurat bukan setakat rambut jer. leher tu tutup juga. kan aurat wanita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan jer. kalau nak pakai tudung biar macam waheeda atau wardina. jangan tiru tudung bienda. bienda tu penjahanam tudung. suka ati dia jer buat pesen tudung macam tu, tak islamik langsung..gipsi style. hahahah, pasal ko zila, semua orang kena. perubahan ko ne tak menguntungkan langsung..kalaupun ko nak berubah secara perlahan2 cubalah dulu ubah cara pemakaian tu. bila dh elok dan senonoh sikit, mesti rasa nak pakai tudung supaya komplet, mana tau.

    ReplyDelete
  2. ....ye aku setuju la dol ngan pendapatan ko ne...ALLAHUAKBAR....

    ReplyDelete
  3. btol2..aku stuju sgt....

    ReplyDelete
  4. lancang2 molot ko pon...byk btolnye....

    ReplyDelete
  5. ini soal iktikad bukan soal keikhlasan la apa lancau lah, ini hukum.suka tak suka, mau tak mau, kalu mengaku islam, perlulah ikut peraturannya.ini lah akibatnya dibesarkan dalam cara hidup sekular.islam sekadar setakat solat,puasa bla2 sahaja.islam itu kehidupan.

    ReplyDelete
  6. org tak balihg aje yg dedah aurat nie... tapi dah tahap susu menjadi keju pun, tak baligh lagi ker? mahzab lain ni kot

    ReplyDelete
  7. Selagi kita hidup kt dunia ini, kita akan terikat dengan undang2 dan peraturan.Tak kisah la kt jln raya,pejabat,rumah,tempat awam...termasuk la dalam AGAMA ISLAM sendiri..

    ReplyDelete
  8. itu pandangan zila bakarin...masing2 ada pandangan masing2...siapa kita untuk adili sama ada apa dia cakap betul ke tidak...itu biar tuhan sendiri yang tentukan...buat apa kita buang masa cemuh dan bagi pandangan kita yang takleh dipakai tu!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: