No komen. Itulah kata-kata daripada Linda Onn berhubung masalah berkait dengan bekas kekasihnya Fahrin Ahmad yang kini berhasrat untuk menyelesaikan isu tersebut di luar mahkamah selepas mendengar pandangan dan nasihat Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik. Linda tetap tenang menghadapi situasi yang sedikit sebanyak menganggu gugat kariernya. Ketika ditemui di sebuah majlis di Damansara, Linda meluahkan kesyukuran kerana pihak Suria FM memahami masalah peribadi yang sedang melanda dirinya.
"Mereka (pihak Suria) sentiasa memberi sokongan kepada saya dan mengatakan 'Kami di belakang Linda'. Saya hanya katakan kepada mereka saya berkata benar dan tak perlu risau mengenainya. Serahkan semua kepada peguam saya kerana saya hanya menjawab soalan yang dikemukakannya.
"Saya hairan juga apabila saya mula happy dengan kehidupan sekarang dan memulakan karier yang hebat di Suria, akan ada yang cuba mematahkan semangat. Bila ada perkara yang baik datang dalam hidup saya, ianya pasti akan disertai perkara yang negatif," ujar Linda Onn.
Pengaruh Masih Kuat
Penghijrahannya ke Suria FM membawa banyak perubahan positif kepada kerjaya Linda. Hakikat ini diakui sendiri oleh empunya diri yang menyifatkan dirinya lebih bersemangat memulakan tugasan bersama stesen baru yang kini dianggap sebagai keluarga kedua.
"Terharu apabila ramai pendengar yang ikut berhijrah mendengar Suria FM apabila Linda bertukar ke sini. Happy dan terharu kerana mereka mengikuti perkembangan terkini saya. Kadang kala bila cuti, peminat akan meluahkan rasa kecewa dan daripada situ saya tahu masa empat jam berceloteh di radio amat bermakna buat mereka.
"Pastinya apabila berada di syarikat yang lebih kecil berbanding sebelumnya, ikatan kekeluargaan kami sangat erat dan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan rasa dihargai apabila banyak pendapat dan idea diambil kira. Biarlah pengalaman lalu menjadi pengajaran.
"Saya tak tahu apa yang akan terjadi masa akan datang tapi saya cuba buat yang terbaik. Saya seorang yang setia dan tidak akan mudah berpindah tanpa sebarang sebab yang kukuh," kata Linda mengakui menerima banyak respon positif di atas perpindahannya.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: