Thursday, February 25, 2010

Kebas emas RM200,000 dalam dua minit


SEORANG anggota forensik membuat siasatan terhadap sebuah kedai emas yang dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi di Ayer Molek, Melaka semalam.


MELAKA - Dalam tempoh dua minit, empat lelaki dengan seorang daripada mereka bersenjatakan parang dan tukul berjaya melarikan barangan kemas bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas di Ayer Molek di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Hamdan Majid berkata, semasa kejadian pukul 12.28 tengah hari, pemilik kedai emas terbabit berada di luar manakala kedainya dijaga oleh abangnya seorang diri.

"Tidak berapa lama kemudian datang tiga lelaki memakai topi keledar bertutup penuh ke dalam kedai emas itu manakala seorang lagi rakannya menunggu di atas motosikal di hadapan kedai.

"Sebaik masuk ke dalam kedai tersebut, seorang daripada perompak itu terus memecahkan cermin mengguna tukul besi," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: