PETALING JAYA: Kira-kira 800 jemputan terdiri daripada rakan perniagaan dan agensi pengiklanan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Petaling Jaya Hilton di sini, semalam.
RAI...Anthony (bertali leher) menggaul yee sang pada rumah terbuka Tahun Baru Cina NSTP.
“Jika sebelum ini kita mengalami krisis ekonomi, namun permulaan tahun ini sudah mula menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding 2009.
“Malah perubahan itu membuatkan semua orang lebih bersemangat,” katanya ketika ditemui di majlis itu.
Suasana dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa dan kumpulan akrobatik dibawa khas dari Shanghai, China.
Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar; Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Mohamad Ariff Ibrahim dan Pengarah Jualan Iklan, Badrul Hisham Mahzan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: