HETHEL (United Kingdom): Lotus Evora, yang dilancarkan untuk pasaran United Kingdom dijangka memasuki pasaran tempatan menjelang akhir Mac depan.
Menurut Syed Zainal, Proton belum menentukan harganya, bagaimanapun tidak menafikan ia melebihi dari 50,000 pound iaitu harga semasa yang dijual di United Kingdom.
"Faktor itu berdasarkan struktur cukai yang lebih tinggi berbanding di UK. Kami belum tentukan mengenai harganya lagi. Namun akan cuba mendapatkan harga yang paling kompetitif dengan pasaran di UK," katanya.
"Kami juga dalam perbincangan dengan kerajaan, selain melihat kepada struktur harga," katanya lagi pada sidang akhbar di ibu pejabat Lotus, semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: