Wednesday, February 24, 2010

Bengkel bilik tidur

PETALING JAYA: Sikap pemurah seorang pengusaha bengkel motosikal yang menawarkan harga barang ganti pada harga rendah membongkar kegiatannya yang menjadi dalang utama mencuri motosikal sejak dua tahun lalu.

RAMPAS...Arjunaidi (kanan) memeriksa motosikal yang dicuri mekanik. Gambar kanan, komponen motor yang sudah dileraikan.
RAMPAS...Arjunaidi (kanan) memeriksa motosikal yang dicuri mekanik. Gambar kanan, komponen motor yang sudah dileraikan.
Lelaki berusia 23 tahun terbabit yang menjalankan kerja membaiki motosikal di rumah sewa didiami dikesan bijak bermain wayang apabila pada masa sama bergiat aktif sebagai pencuri profesional dengan melarikan puluhan motosikal pada waktu malam.


Difahamkan, suspek memotong rantai motosikal dicuri sebelum menundanya ke dalam rumah sewanya dan dileraikan untuk dijadikan alat ganti bagi membaiki motosikal pelanggan.


Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan licik suspek ditumpaskan selepas sepasukan anggota polis dari Unit Curi Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya menyerbu sebuah rumah di Taman Medan di sini.


Menurutnya, dalam kejadian jam 8 pagi Ahad lalu, anggota polis diketuai Asisten Superintendan Nasrol Sain menyerbu rumah teres terbabit sebelum memberkas seorang lelaki berusia 23 tahun.


“Hasil siasatan mendapati suspek bersama dua rakan lain menjadikan rumah sewa itu sebagai markas kegiatan untuk menyorokkan motosikal curi sebelum komponennya dileraikan.

“Semua motosikal curi terbabit ditemui dalam sebuah bilik tidur sebelum dileraikan kepada komponen kecil membabitkan enjin, tayar, brek, lampu dan komponen kecil lain,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.


Hasil pemeriksaan turut menemui lapan motosikal curi kebanyakan model Yamaha RXZ baru yang menunggu masa untuk dileraikan komponennya.


Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan semula komponen curi yang sudah dileraikan itu sebagai modal untuk mengambil upah membaiki motosikal milik orang ramai terutama penduduk di sekitar Taman Medan.


“Suspek yang juga seorang mekanik motosikal dikesan menjalankan aktiviti mengambil upah membaiki motosikal penduduk kawasan terbabit dengan caj harga terlalu murah hingga dianggap tidak munasabah. Ini termasuk harga bagi komponen ganti yang ditawarkan,” katanya.


Susulan kejadian itu, polis masih memburu dua lagi rakan suspek dikenali sebagai Mazwan Mazlan, 20, dan Shahrul Mohd Yusuf, 25, yang menyembunyikan diri.


Menurutnya, suspek dikesan menggunakan komponen motosikal curi terbabit sebagai alat ganti pada motosikal rosak yang dihantar pelanggan.


“Malangnya ramai pengguna tidak menyedari suspek menggunakan alat ganti motosikal curi untuk membaiki motosikal mereka,” katanya.


Menurutnya, kebanyakan motosikal curi terbabit dikesan dicuri dari kawasan perumahan berkenaan dengan memotong rantai sebelum ditunda ke rumah dengan berjalan kaki.


“Mereka bukan saja mencuri motosikal di kawasan pangsapuri, malah turut berani mencuri motosikal di dalam pagar kawasan kediaman teres.


“Berdasarkan siasatan, suspek menggunakan alat pemotong berbentuk gunting untuk memotong rantai motosikal yang dipasang mangga kunci oleh pemiliknya. Sebaik rantai tayar motosikal itu dipotong, suspek akan menunda motosikal itu,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis masih memburu dua lagi rakan suspek dikenali sebagai Mazwan Mazlan, 20, dan Shahrul Mohd Yusuf, 25, yang disyaki menyembunyikan diri.

1 comment:

  1. Bahaya,bahaya seperti honda ex5,yamaha 125z dan banyak lagi moto-moto yang top kena kunci elok-elok,kalau yang macamkawasaki max100 dan seangkatan dengannya tak payah kunci lebih-lebih,,yang sedia ada dah cukup..Beli moto mahal-mahal,depa senang2 je nak rembak..Ni lah gejala malas kerja atau memang suka kerja yang mencabar pihak kerajaan dan awam.Kalau lepas suka dan kalau sangkut dukalah alamaknya..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: